Followers

Wednesday 27 June 2012

berserah

"ya ALLAH kuatkan hati hamba..
permudahkan jalan hamba menuju kejayaan...
lindungi hati hamba dari hasat dengki, bersangka buruk..
lindungi hamba dari segala keburukan...
tetapkan hati ini dijalan mu ya ALLAH
hanya pada MU aku mengadu segala rasa sakit, gembira dan bersyukur..
pertemukan aku dengan orang yang mampu membimbingku,
ENGKAU pendengar terbaik bagi semua hambamu...."

kenapa aku selalu ditindas?
kenapa aku selalu dipergunakan?
aku x kuat...
kawan baik konon?
korang semua buat aku kecewa..
ape yg aku ade?
aku bukan anak cikgu yg hidup sentiase di manjakan..
bukan anak kontraktor yang bergaji puluh ribu..
aku hanya anak seorang pemotong kayu...
kenapa korang nak marah aku?
aku betul2 x fhm..
kalau aku ade buat salah tolong maafkan aku...


Sunday 24 June 2012

cukup!!

kenapa awak buat saya macam ni?
ape saya nak jawab kalau dia tanya?
awak pernah fikir tak semua tu?
awak boleh padam semua wall post, bnde yg awak share ngan saya..
tpi kenapa bukan status yang satu itu?
dari dulu awak slalu buat hal awak je...
kenapa?
awak tahu antara kita dah xde pape kan?
awak hanya kenangan, awak tak mungkin jdi pencinta saya lagi...
hati saya tak pernah jdi milik awak..
ye saya mengaku..
saya terima awak sebab game...
game yang saye pertaruhkan dengan kawan2 saya...
saya tak suka awak x bererti saya benci awak...
saya cuma x nak awak ganggu saya dengan dia...
saya pernah cakap..
sekali awak hina saya, saya akan ingat...
awak jangan lah buat salah yang lebih besar...

game over...

game over...
sye dah tak mampu berdalih lgi..
sye tak boleh terus-terusan menipu diri saya sendiri..
klau ini yang terbaik..
sye akur..
cukup la ngan semua yg dah jdi sebelom ni..
sye x patut ego..
sye tak patut blas setiap berbuatan awak terhadap saya...
sebab sye lupe sye akan jatuh klau sye terus melawan..
sedangkan sifat saya bukan lawan...

Monday 4 June 2012

Cerpen: Cinta Si Ego

assalamualaikum kepada sesiapa yg membace...
nukilan jiehah x seberape..
x bagus macam penulis lain...
tapi jiehah teringin nak wat cerpen...
kalau ada salah  tolong tegur ye...
jasa anda amat dihargai...
*************************************************************************************

       "Assalamualaikum semua" ustazah Maisarah melangkah masuk kedalam kelas di ikuti oleh seorang pelajar perempuan yang baru saja mendaftar pagi itu. semua mata tertumpu kearah pelajar tersebut kecuali seorang budak lelaki yang sememangnya terkenal dengan sikap ego, sombong dan akan memastikan dia memperole apa saja yang di ingininya. Siapa lagi kalau bukan Tengku Aiman Hakimi atau lebih dikenali dengan gelaran Aiman.

       "Weh, cantik kot budak baru tu?!" Rauf menyiku tangan Aiman apabila sedar Aiman tidak memberi perhatian kepada pelajar baru tersebut. Aiman membetulkan kedudukkannya agar menghadap kehadapan bagi memudahkannya untuk melihat siapa yang sejak tadi menjadi perhatian semua pelajar di kelasnya. membutang mata Aiman melihat wajah pelajar baru tersebut.Peristiwa seminggu lalu terbayang di kotak fikirannya.

       "woi, kau ni buta ke? jalan tu tengok mana?" tengking Aiman apabila dirinya dilanggar oleh seseorang. gadis yang melanggarnya tertunduk ketakutan, tidak pernah ada orang menengkingnya sebelom ini, tetapi dengan lelaki dihadapannya itu sesuka hati saja menengkingnya. jiwanya rasa tercabar dengan tengkingan itu. perlahan-lahan gadis itu mengangkat wajahnya untuk melihat siapa yang terlah dilanggarnya.

       "maafkan saya, saya nak cepat ni! erm..." gadis itu mengeluarkan beberapa keping not RM50 dari begduitnya lalu dihulurkan kepada lelaki itu sebelum menunduk tanda memohon maaf sekali lagi. Aiman tercengang melihat wang yang berada dalam genggamannya.

"eh, ni untuk apa?" soal Aiman. gadis itu tersenyum.

       "beli baju untuk menggantikan baju awak yang saya dah kotorkan ni. saya minta maaf sekali lagi. saya pergi dulu ye, jangan lupa beli baju baru" pesan gadis itu se belom berlalu meninggalkan Aiman sendirian. Aiman merengus perlahan.

       "nasib baik kat tempat awam, kalau tidak, mampus kau perempuan. Boleh pulak dia buat muka tak bersalah tadi! hish, geram aku!" bebel  Aiman sendirian sambil berjalan mendekati kakaknya yang baru saja keluar dari balai ketibaan. Aiman bersalaman lalu memeluk tubuh ramping kakaknya. ooppss, lupe nak bagitahu nama kakak si Aiman ni...nama kakak dia ialah Tengku Aina Nathasya. selalu orang panggil dia Nath.

       "rindunya akak pada adik akak yang seorang ni! macam mana sekolah?" soal Nath sambil mencubit pipi Tengku Aiman. Menyeringai budak Aiman tu, hehehe..bukan apa, Aiman ni alegik kalau orang sentuh pipi dia. Geli katamnya, entah lah. 'Ish akak aku ni, dah tahu aku tak suka orang sentuh pipi aku lagi mau sentuh! apa duduk luar negara boleh hilang ingatan ke?' bebel Aiman sekadar dalam hati.

        Tahupun rindu kat orang, ingat dah taknak balik sini lagi. akak tanya apa tadi? sekolah ye? okey jer, tak ada yang menarik pun." balas  Aiman bersahaja. Sememangnya dia berjauh hati setelah satu-satunya kakak yang dia ada mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran sekali gus bekerje di luar negara. Mereka hanya berdua beradik. Dengan Nath lah dia mengadu segala cerita suka dan duka. Tetapi sejak kakanya menyambung pelajaran dia makin jauh dari keluarga.

        Mungkin kerana ibu bapanya lebih mementingkan hal duniawi dari tanggungjawab kepada Allah. Jangan tak tahu,  Aiman ni nampak je sombong, ego, tapi solat dan agama dia jaga babe!hehehe...Aiman dan Tengku Aina diasuh dari kecil untuk menjadi seorang pewaris.Disebabkan itu  Aiman mempunyai sikap sombong dan Ego.Hehehe sudah lah, cukup sampai sini kite cerita tentang keluarga Aiman, kita sambung cerita tentang kakak Aiman ni.Entah apa mimpi kakaknya pulang ke tanah air pun dia tidak tahu. yang sebenarnya lebih kepada malas untuk mengambil tahu.

       Sambil berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta, mulut Nath tidak berhenti menceritakan perihalnya semasa berada di luar negara dan seperti biasa,Aiman akan menjadi mangsa untuk mendengar segala cerita Nath. begitu juga sebaliknya. Sedang Asyik Nath bercerita, ada satu suara yang menegurnya dari belakang. Serentak Nath dan Aiman berpaling untuk melihat siapa yang memanggil nama Nath.

       "Maaf ye, ni buku Akak ke?" soal Gadis itu lalu menghulurkan sebuah novel kepada Nath. Nath memnyambut huluran tersebut lalu tersenyum. Aiman yang sejak tadi memerhatikan tingkah laku kakaknya yang pelik membuka mulut.

       "tu buku akak ke? orang ni tanya akak boleh pulak senyum macam kerang busuk?!" perli Aiman. Gadis yang tadinya berbiri di sebelah Aiman turut tersenyum mendengar kata-kata Aiman. Aku ingat cauple tadi, rupanya adik beradik! Akak ni comel lah  cuma adik dia je yg kacau. Muka tu ketat je or dia memang tak tahu apa itu senyum?!' sempat juga gadis itu bermonolog sendirian.

       "nama akak Tengku Aina Nathasya,panggil kak Nath. Ni adik akak, Tengku Aiman Hakimi, boleh panggil Aiman. Nama adik?" soal Nath setelah mempekenalkan dirinya dan adiknya.

       "Nama saya Puteri Aliesya, akak boleh panggil saya Elie!" terang gadis yang bernama Elie. Aiman memandang Elie dengan sejuta kerut didahinya. Macam pernah jumpa budak perempuan ni? tapi kat mana?

"kenapa tak beli baju baru lagi?" soal Elie membuatkan Aiman sedar akan sesuatu.

"Kau!"

"kenapa dengan Elie, Aiman?" soal Nath ingin tahu.

       "maafkan saya kak, tadi saya terlanggar adik akak masa nak cari akak untuk pulangkan Novel ni, tanpa disengajakan saya terlanggar adik akak. Dan kebetulan juga dia sedang memegang secawan kopi, kopi tu tumpah kena baju adik akak. Saya ada bagi dia duit untuk dia beli baju baru bagi menggantikan baju yang saya dah kotorkan ni!" jawab Elie jujur. Nath tidak dapat menahan tawanya lagi.

       "hahaha...sebab ni ke kau membebel macam mak nenek tadi Aiman? asal tak pergi beli jer yang baru?" soal Nath masih ketawa. Aiman memandang tajam kearah Elie. Hish budak perempuan ni, kenapalah dia ni jujur sangat?! tengok kakak aku dah ketawa, ni balik nanti jangan ceritalah malu aku dengan mummy dan daddy. mulut akak aku ni pun bukan boleh percaya sangat!' bentak hati Aiman

       "weh, mengelamun kau ye, tu budak tu nak memperkenalkan diri dia tu!" tegur Rauf. Tersentak Aiman dengan teguran temannya,serta merta hilang peristiwa seminggu yang lalu.

**********************************************************************************

sebulan kemudian,

"Hai, Elie!" tegur Aiman lalu duduk di sebelah Elie.

"Hai"

       "kau tak ada kawan ke? sorang je aku tengok, sejak kau masuk sampai sekarang?!" soal Aiman pelik. yelah budaknya cantik, takkan tiada kawan? bukan setakat cantik, hartapun banyak!

"saya memang tak ramai kawan, lagipun saya berkawan dengan semua orang" jawab Elie.

       "Ni aku pulangkan duit kau, sorry-lah aku patut pulangkan duit ni seminggu yang lalu, tapi selalu sangat tak sempat." ucap Aiman sambil mengeluarkan wang yang diberikan oleh Elie tempoh hari.

       "awak simpan sajalah, saya tak perlukan duit tu. lagipun saya memang bersalah tempoh hari!" jawab Elie lagi.

       "Elie, Aiman!" panggil Ustazah Maisara. kedua-duanya berpaling ke arah Ustazah Maisara yang berada di muka pintu bilik data pelajar. Aiman bangun lalu melangkah mendekati Ustazah Maisara diikuti oleh Elie.

"ada apa Ustazah?' soal Elie.

       "kebetulan kamu berdua ada disini, makin senanglah kerja saya. saya nak kamu berdua menjadi wakil kelab data untuk perkhemahan akan datang, bolehkan?" ujar Ustazah Maisara disambut dengan anggukan kecil dari kedua orang pelajar tersebut.

       "baguslah, tidak susah untuk meminta bantuan dari kamu. terima kasih ye?!" ucap Ustazah Maisara. Aiman hanya mendiamkan diri. Kem? bagus jugak, dah lama aku tak pergi kem. Dengar cerita kem kali ni buat dalam hutan?

        "Ustazah ada hal lagi ni, nanti jangan lupa hantar borang menyertaan pada saya ye, kalau boleh secepat mungkin! Assalamualaikum" pesan Ustazah Maisara. Elie melihat Aiman yang masih mengelamun sambil menggelengkan kepalanya. ada juga budak lelaki yang suka berangan ye?

       "woi, kau berangan ke? dari kau berangan baik kau tolong aku kelas fail-fail ni. cepat kemas, cepat kita dapat balik" tegur Elie. Aiman hanya tersengih sebelom menyambung semula tugasnya.

**********************************************************************************

hari pertama perkhemahan,

"Elie, kau pernah masuk hutan sebelom ni?" soal Aiman.

Geleng

       "Elie, kau okey ke tak ni? muka pucat je" Angguk. Risau juga aiman melihat wajah pucat Elie. Rauf yang duduk dihadapan Aiman berpaling ke arah Aiman dan Elie yang duduk di belakangnya.  Rauf mencuit bahu Aiman sebagai isyarat mengenai wajah Elie. Aiman hanya menjongkitkan bahu tanda tidak tahu. Rauf kembali bersandar di kerusianya, Aiman pula menyambung bacaannya, Elie terus memejamkan matanya ingin berehat sebentar.

       "Elie, bangun, kita dah sampai ni" kejut Aiman sambil menepuk lembut pipi gadis itu. Elie membuka matanya perlahan-perlahan. Aiman tersenyum lalu bangun.

       "kita kat mana ni? dah sampai ke?" soal Elie. Aiman menarik tangan Elie supaya mengikutnya turun dari bas. Elie hanya menurut. setiba ditangga terakhir, Elie meloncat turun dari bas sambil menjerit riang. Aiman yang terkejut dengan tidakan Elie hanya mampu menggeleng. perangai macam budak-budak. bisik hati Aiman.

       "jom lah kita pergi sana, yang lain ada dah ke sana, ada yang pergi tandas dulu. kau nak ke tandas ke?" soal Aiman. lama Elie pandang Aiman.

"kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Aiman.

"Awak kenapa Aiman? sihat tak ni?" soal Elie pula tanpa menjawab soala Aiman.

"salah ke aku nak berbaik dengan kau?"

"tak salah tapi pelik?!" jawapan jujur ELie mengundang tawa Aiman.

"sudah lah, jom kita ke sana!" Aiman mendahului langkah Elie.

      Mereka semua berkumpul di pondok berdekatan sungai sebelum melakukan tugas yang telah dibahagikan mengikut kumpulan. Elie bernasib baik kerana diletakkan dalam kumpulan Aiman dan Rauf. sekurang-kurangnya ada anak dato' dua orang tu buat kawan. hehehe...maklum sajalah, Elie ni  susah sikit nak berkawan.Selesai melakukan tugas memasang khemah, dah sebagainya, mereka semua dibenarkan untuk membersihkan diri dan berehat.

"Aiman, malam ni aktiviti apa?" soal Elie.

       "macam biasalah, malam burung hantu, esok malam kebudayaan." jawab Aiman. Rauf baru selesai menunaikan solat, terus mendapatkan Aiman dan Elie.

"kau ni kenapa Rauf?" soal Aiman. Elie masih lagi setia disisi Aiman, membantu mana yang perlu.

       "kau tau tak, aktiviti malam ni berkumpulan?  satu kumpulan tiga orang.aku dengar masa aku ambil wuduk tadi. kalau macam tu, Elie macam mana?" soal Rauf. Aiman memandang Elie yang berada disebelahnya lalu tersenyum.

       "aku akan pastikan kita bertiga satu kumpulan!" ucap Aiman lalu meninggalkan Elie dan Rauf. Elie memandang Aiman pelik namun tetap diteruskan juga tugasnya. Rauf juga turut melangkah mengikuti Aiman.

"Aiman!" panggil Rauf.

"ye?"

"kau suka Elie?"

"kenapa kau tanya?"

       "aku kenal kau bukan sehari dua, aku kenal kau sejak kita sekolah rendah lagi, so aku tahu sangat perangai kau. kau terlalu melindungi Elie. itu yang aku nampak, dan kau tak pernah macam ni dengan sesiapa pun, even kakak kau?!" terang Rauf. Aiman tersenyum.

       "kau memang pandai Rauf, kau Pandai baca apa yang ada dalam hati aku. Ye aku suka dia, tapi belom tentu dia suka aku kan? sebab tu aku cuba lindungi dia. Aku nak dia sentiasa selamat!" luah Aiman. Rauf menghampiri Aiman lalu menepuk bahu Aiman sebangai isyarat dia menyokong tindakan Aiman.

       "aku akan tolong kau mana yang aku mampu!" tekad Rauf, dia Tahu Aiman manusia yang susah untuk menyukai orang lain, jadi jika Aiman menyukai Elie dia akan cuba membantu.

       "sudahlah, kesian Elie, kita tinggalkan dia sendiri, dia tu mana nak rapat dengan orang lain" ajak Aiman. Rauf hanya menggangguk. Kelihatan dari jauh Elie sedang bermain di gigi air sungai. Aiman tersenyum melihat gelagat Elie. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini dia begitu suka mengusik Elie. Sudahlah Elie tidak suka dirinya diusik. Ligat otak Aiman merencana sesuatu untuk Mengenakan Elie yang sedang bermain air.

       Dengan perlahan Aiman mengatur langkah menghampiri Elie yang sedang bermain air. Rauf memandang pelik kearah Aiman. Satu perangai Aiman yang nampak ketara perubahannya. Sikap suka bergurau dia, biase tu jangan harap nak bergurau dengan budak perempuan, kalau ade yang nak kena sindir berguraulah dengan Aiman. Kalau tidak tahan jangan sekali-kali bercakap dengan Aiman. Ape lagi yang nak di buat mamat seorang ni? abislah kau Elie" fikir Rauf.

       "haaaa!" sergah Aiman membuatkan Elie terkejut dah hampir jatuh kedalam air namun dengan tindakan pantas Aiman menyambut tubuh kecil milik Elie dari terus terjatuh kedalam air. Rauf sudah tidak dapat menahan tawa melihat wajah Elie yang sudah masam mencuka. Aiman mencuit hidung Elie.

       "Aiman, apa Awak ni? kalau saya jatuh macam mana? tak  dapat ambil SPM kat sekolah, kena ambil kat hospital!" bebel Elie mengundang senyum dibibir Aiman dan Rauf. Aiman menarik rambut Elie sebelom mengambil tempat disebelah Elie. Rauf juga duduk di sebelah Aiman.

       "Apa kau merepek ni Elie? kenapa pulak kau nak kena ambil SPM kat hospital? hehehe, jatuh ke kot!" ujar Aiman pelik.

        "yelah, awak buta ke? tengok batu-batu tu, besarkan? buatnya saya jatuh kena batu tu?" soal Elie geram. Eeeee...mamamt ni, buat tak tahu pulak!  kesian kat laki aku nanti kalau dapat bini cacat. eh apa aku merepek sampai laki bini ni? ish! Elie menggeleng kepalanya beberapa kali. Aiman dan Rauf memandang pelik kearah Elie.

"wei, kau ni okey ke tak Elie? yang kau tergeleng-geleng tu kenapa? kau fikir apa? takut ye?" soal Rauf.

        "hahahaha....apalah kau ni Elie, cuba jangn fikir yang bukan-bukan. jom lah kita ke tapak perkhemahan, sekejap lagi nak makan  selepas itu solat." ajak Aiman seraya bangun lalu membantu Elie untuk bangun. takut juga dia kalau-kalau Elie terjatuh. Apa pulak yang dia nak jawab pada mak ayah Elie, lagi-lagi kakak dia. Sayang sungguh kakaknya pada Elie.Rauf turut bangun dan ingin melankah meninggalkan tempat itu.

       Tiba masa untuk melakukan aktiviti malam mereka, Aiman telah meminta bantuan salah seorang senior untuk meletakkan dia, Rauf dan Elie dalam satu kumpulan. Jadiu tiada masalah bagi mereka untuk bekerjasama antara satu sama lain.

       Mereka semua dibawa ke kawasan yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan dan diberi tugasan untuk diselesaikan. Tugasan yang mereka terima ialah mendirikan khemah, membuat unggun api, dah sebagainya. mereka akan kembali ke kewasan perkhemahan sebelum waktu subuh dan sementara itu mereka ditinggalkan untuk menjalankan tugas yang diberikan.

       "Aiman, kau dengan Elie pergi buat unggun api, biar aku yang pasang khemah. nanti kita bincang siapa yang akan berjaga dahulu mengikut giliran" arah Rauf kepada Aiman dan Elie. mereka berdua hanya mengangguk sebelum memulakan kerje. selesai membuat unggun api dan mendirikan khemah, mereka duduk menghadap unggun api lalu memulakan perbincangan.

       "kau dengan Rauf tidur dululah, biar aku yang berjaga, bila aku dah mengantuk nanti, aku kejut salah seorang dari kaurang. kite gilir-gilirlah" terang Aiman. mereka bersetuju dengan rancangan Aiman.

       "Err, boleh kita solat dulu tak Aiman? aktivini ni bermula dari jam 8:30 tadi dan sekarang dah jam 11:30. kita dah lambat untuk solat ni?!" soal Elie sambil melihat jam tangannya. lama juga mereka berjalan untuk sampai ke sini. Aiman memandang Rauf untuk mendapatkan persetujuan.

       "baiklah, aku sediakan tempat kita untuk solat, kau dengan Aiman pergilah ambil wuduk dulu. nasib baik kau ingatkan kami Elie, leka buat kerja sampai hampir terlupa tanggungjawab pada Allah." balas Rauf. Aiman dan Elie bergerak kearah sungai berdekatan untuk mengambil wuduk. Selesai menyediakan tempat untuk Solat, Rauf mengatur langkah kearah Aiman dan Elie.

        Mereka bertiga menunaikan solat dengan di imamkan oleh Aiman. Hati Elie tersentuh mendengar Aiman membaca doa selepas solat. dia tidak menyangka bahawa budak yang sombong lagi ego seperti Aiman mampu tunduk menyembah Allah. tanpa mereka sedar, kelakuan mereka sentiassa di perhatikan oleh senior yang membawa mereka ke situ. senior yang bernama Zaid itu tersenyum.

       "Elie diarahkan untuk tidur di dalam khemah manakala Rauf tidur di luar. itu juga arahan dari Rauf. Dia kata tak elok anak dara tidur dengan anak teruna. Elie banyun setelah cukup satu jam dia tidur, kini gilirang Aiman pula yang tidur. Elie keluar dari khemah untuk melihat keadaan diluar dan mencari kelibat Aiman. Aiman yang baru balik dari sungai terkejut melihat Elie.

"kau dah bangun?" soal Aiman. Elie mengangguk.

        "Rauf, Rauf bangun Rauf! pergi tido dalam khemah, biar aku tidur kat sini!" kejut Aiman. Rauf hanya menurut tanpa banyak soal. Aiman baring di tempat Rauf tidur sebentar tadi. Elie duduk tidak jauh dari situ. Elie melihat Aiman sudah tidur. Tidak lama kemudian, Elie menjarit ketakutan lalu mengejutkan Rauf dah Aiman yang sedang tidur. Aiman terus mendapatkan Elie yang terduduk di sebatang pokok tidak jauh dari Khemah.Dipeluk tubuh itu erat untuk mengurangkan ketakutan Elie.

       "Kau kenapa Elie?" soal Rauf. Aiman menunjukkan satu Arah, Rauf juga turut mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkannya. Elie menangis semahu-mahunya di dalam dakapan Aiman. Sememangnya dia amat geli dengan haiwan dua alam tersebut. Rauf memberi Isyarat kepada Aiman agar membawa Elie ke unggun api, biar dia yang mengemas barang-barang yang bersapah itu.

       :haish, katak-katak. kau ni kalau tak menyusahkan oarng tak sahkan? kat rumah adik aku yang kau kacau, kat sini si Elie pun kau nak kacau!" bebel Rauf.

ni lah katak yang kacau Elie tu...Eeeee..saye pun geli...

       "hei, dah lah. tak ada dah katak tu. kau ni cengeng gak ye? sedah lah, aku dengan Rauf kan ada. Katak tu tak beraninya nak dekat dengan kau" pujuk Aiman. Aku ni dah la lemah bab pujuk memujuk ni! ah, lantaklah yang penting aku cuba. hehehe, maaf ye sayang, aku memang sayang kau, tapi aku tak pandai nak pujuk. 

       Selepas semuanya kembali tenang, Rauf pula yang berjaga, Aiman dan ELie sudah tidur. Elie tidakj berani tidur di dalam khemah dan meminta untuk tidur di luar. Aiman tidak  mampu berkata apa, jika dihalang takut Elie menangis lagi, Akhirnya dia dan Rauf menurut saja.

***********************************************************************************

hari kedua,

       Hari ini mereka ditak boleh mengelak lagi dari duduk satu kumpulan dengan orang lain. satu kumpulan mesti ada 10 orang ahli dan ahlinya di tetapkan oleh enior-senior yang mengawasi mereka. Aiman, Rauf dan Elie terpaksa akur. selepas aktiviti berkayak, mereka diberi satu tugasan lain dan memerlukan kerjesama antara ahli kumpulan. Tanpa disengajakan, salah seorang ahli kumpulan mereka yang bernama Lily membuat hal dengan Aiman. Faham sajalah sikap panas baran Aiman.

"Aiman tolong saya ikat tali ni?" pinta Elie mengundang marah Aiman yang masih belum reda.

       "Kau tak boleh ikat sendiri ke? menyusahkan orang saja! dari semalam kau menyusahkan aku, kau tau tak?!" tengking Aiman seraya merampas tali yang dipegang oleh Elie. Elie tersentak dengan tengkingan itu namun cuba bersabar. Aiman mencampakkan tali yang sudah berikat itu tepat ke wajah Elie. waktu itu Elie rasa mahu sahaja dia berlari meninggalkan semua yang ada di situ. bertapa malunya dia ditengking di hadapan orang ramai.

       Rauf mendekati Elie lalu mengusap bahu Elie perlahan sebagai isyarat untuk Elie bersabar dengan perangai panas baran Aiman. Elie hanya mendiamkan diri. RAuf bergerak pula menghampiri Aiman yang sedang leka membuat kerjanya. 

       "Yang kau marah kat Elie tu kenapa? kau marah kat oarang lain, orang lain yang kena! cuba jaga sikit baran kau tu!" pesan Rauf. Aiman masih leka membuat kerjanya. Rauf menggeleng sebelom beredar.

       "Puteri Eliesya! kau buat kerje macam mana hah? dah tak reti nak buat kerja ke? kalau tak reti pergi balik. dudukl rumah kau yang macam istana itu!" jerit Aiman mengejukkan semua yang ada di situ. Elie yang sudah tidak tahan lagi terus berlari meninggalkan semua. Rauf pantas mendapatkan Aiman yang sedang mengamok bagai di sampuk hantu.

"wei kau ni kenapa?" soal Rauf geram.

       "kau diam ar! perempuan, semua sama je. buat kerja tak pernah nak betul!" marah Aiman. Rauf menumbuk wajah Aiman sepenuh tenaga. Aiman terduduk di atas tanah menahan sakit.

       "aku taknak tengok muka kau kat sini! pergi cari Elie sekarang bawa dia balik ke sini! ini bukak KL yang Elie dah hafal setiap selok belok jalannya, ini hutan Man, hutan! kau ingatkan apa jadi semalam? dia tu penakut! kalau apa-apa jadi kau nak jawab apa kat mak ayah dia?"marah Rauf. Aiman bangkit dan terus berlalu menyusul Elie. 

       "Elie!" laung Aiman kuat. Hari makin gelap membuatkan Aiman gelisah kerana masih belum berjaya menemukan Elie. Sejak tengah hari Elie tidak menjamah apa-apa. Takut juga dia kalau-kalau Elie pengsan. tiba-tiba Aiman mendengar ada yang memanggilnya.

       "Aiman, tolong saya Aiman! saya takut. Saya minta maaf kalau saya ada buat awak marah!" ucap suara itu. Aiman cuba mengikut arah suara itu datang. kelihatan Elie terduduk lemah bersandar dapa sebatang pokok. Aiman menghampiri Elie.

"Elie?" panggil Aiman. Elie mengdongak untuk melihat siapa yang berdiri dihadapannya. 

"Aiman!" 

"kau kenapa menangis? dah takde kerje ke nak menangis? bukan nak cari jalan balik!" soal Aiman geram.

       "macam mana saya nak cari jalan balik dalam keadaan macam ni? dah lah senja, kaki saya luka! nak tanya tu lain kali guna otak dulu tak boleh ke?" balas Elie geram. masib baik aku bawak skaf dengan tuala ni, sekurang-kurangnya solat aku tak tinggal.

        Aiman memandang kaki Elie yg berdarah. rasa simpati pada gadis itu mengunung tingginya. Yelah dia yang marah Elie sampai Elie lari jauh dari semua orang dan pastinya dia juga penyebab kaki Elie luka. "Kau okey tak ni? boleh jalan? kalau tak boleh aku dukung?!" soal Aiman.

        Elie cuba bangun namun gagal, Aiamn yang melihat keadaan itu terus mencepung tubuh itu. Elie yang terkejut terus memeluk leher Aiman. Aiman tersenyum ceria. mereka tiba di tapak perkhemahan lebih kurang jam 9 malam. semua orang risau akan mereka.

***********************************************************************************

        Sudah hampir sebulan mereka pulang dari perkhemahan itu, banyak yang telah berubah.Aiman bagaikan ingin menjauhkan diri dari Elie. begitu juga dengan Rauf. dan masuk hari ini juga, Elie sering menerima nota kecil dari seseorang. Elie menyimpan semua nata yang diterimanya sebaik mungkin.

       Hari ini Elie menghabiskan masa rehatnya di dalam bilik seni. dia meninggalkan barang-barangnya di dalam bilik itu kerana setelah habis waktu sekolah, dia akan menyambung kembali kerjenya di bilik itu. sewaktu melangkah masuk ke bilik itu, Elie perasan ada nota kecil yang terselit dia ats meja yang penuh dengan barangnya.


       amboi, cemburu nampak orang ni.tapi aku tunjuk muka comel kat sape? eh sekejap, sejak bile pulak aku ni comel? terima kasihlah pada siapa yang sudi puji aku ni comel. Hehehe' bisik Elie.

       "assalamualaikum!" Aiman memberi salam sebelum masuk ke bilik seni itu. Elie hairan melihat Aiman yang tiba-tiba muncul namun dijawab jua salam yang dihulurkan oleh Aiman sebentar tadi.

erm, Elie aku nak cakap sikit"

apa dia? Cakap sajalah!" balas Elie.

       "yang sebenarnya, aku....aku..." tergagap-gagap Aiman dibuatnya. Elie yang mendengar suara aiman cuba menahan tawa. apa kena dengan mamat ni? gagap tiba-tiba.

yang sebenarnya apa? kenapa dengan kau?" soal Elie.

Yang sebenarnya aku ss....." tidak sempat aiman menghabiskan kata-katanya ada yang mencelah.

       "Aiman, jom lah! mesyuarat dah nak mula ni!" panggil salah seorang ahli jawatan kuasa kelab memanah. Aiman mengeluh sebelum bangun. Elie melihat wajah kecewa Aiman.

yelah, aku datanglah ni!" balas Aiman malas. Aiman meninggalkan Elie dalam kebingungan.


       Aiman ni makin lama makin pelik aku tengok. apa yang dia sorokkan dari aku? tadi dia cakap yang sebenarnya aku ss....? dia apa? suka aku? dah suka pada seseorang ke?' fikir Elie. Hati tidak tenang apabila memikirkan Aiman sudah menyukai seseorang. kenapa dengan aku ni? apa salahnya Aiman suka pada seseorang? aku dengan Aiman bukan ada apa-apa pun! aarrgghh!! tak, Aiman tak boleh suka orang lain!

kau ni kenapa Elie? kau suka kat Aiman?

tak aku tak suka dia! tak mungkin aku suka pada budak yang sombong macam dia?!

       sombong? apa yang buat kau fikir dia sombong? dia sama saja dengan kau. Kau pun tak ramai kawankan? apa bezanya?

tapi aku tegur semua orang. tak macam dia, dia tak nak tegur orang lain pun!

sudahlah Puteri Eliesya, mengaku sajalah yang kau sukakan dia!

       Aarrgghhh!!! sudahlah, baik aku balik dari duduk sini satu kerjapun tak jalan. Elie mengemas semua barang lukisannya dan memasukan semua barangnya kedalam bag sekolahnya. Elie mengunci bilik Seni sebelum meninggalkan sekolah.

***********************************************************************************

       setiap kali terpandang wajah Aiman, Elie pasti cuba mengalihkan pandangannya dari terus hanyut dek kerana rasa suka yang semakin mendalam. Aiman sedar akan perubahan Elie tetapi dibiarkan saja. Rauf sedar akan perubahan kedua temannya. Dia lah yang menjadi wartawan untuk Nath. Apa saja perkembangan yang berlaku dalam hubungan Aiman dan Elie akan dimaklumkan kepada Nath tanpa pengetahuan Aiman dan Elie.

       "Elie, ni ada nota untuk awak" hulur seseorang sewaktu dia sedang membuat ulangkaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Elie menyabut huluran itu dengan senyuman. Si kembar ni lah yang selalu bagi aku nota ni, sape lah yang suruh si kembar ni ye?

"untung awak Elie, ada peminat" usik si kembar.

       "hehehe, untung ke? saya tertanya-tanya tau siapa yang selalu sangat hantar nota ni. Kenapa Dia taknak berterus terang ye?" soal Elie. si kembar tertawa riang.



       "awak bacalah nota dia tu, kami nak ke bilik guru sekejap ada hal!" ucap si kembar. Elie hanya mengangguk. Elie membuka nota tersebut lalu membacanya. selesai membaca nota itu, Elie segera mengemas bukunya dan beredar dari perpustakaan. setibanya di taman Sains, Elie memerhatikan sekeliling. tiada siapa di situ jadi siapa yang ingin menemuinya.

       Elie terlanggar satu rimbunan daun lalau terjatuh. di sebalik rimbunan itu ada satu nota lagi dari si DIA. Elie membersihkan bajunya yang kotor dek kerana terjatuh tadi. Elei mengambil nota itu lalu mengeluh. Aku lambat. kalau tidak, pasti aku boleh jumpa dengan orang yang menghantar nota itu.

hehehe..lebih kurang macam ni lah nota tu...

       jawapan apa? dia pernah cakap apa dekat aku? ish, baik aku balik sekarang, tengok balik nota dia sebelum ini. aku tak puas hati betul lah dengan budak yang hantar nota ni. apa salahnya cakap face to face dengan aku? aku bukan makan manusia pun, aku makan nasi sama macam dia! bentak Elie.

"eh, Elie, kau dah nak balik ke?" soal Lily.

"ye kenapa?"

       "tolong bagi buku nota ni pada Aiman, aku tak sempat nak bagi tadi, dia dah balik." pinta Lily lalu menghulurkan buku nota Aiman kearah Elie. Elie menyambut lalu tersenyum. aku tak pernah tengok tulisan mamat ni, kalau Rauf tu dah selalu sangatlah. eh, boleh pulak aku fikir sal nota dia." bebel Elie.

       "okey lah, aku balik dulu, nak cepat ni, assalamualaikum" Elie terus berlalu meninggalkan Lily. setiba dirumah, Elie terus mengambil kotak yang menyimpan semua nota yang diterima. Satu per satu nota itu dibeleknya sehingga dia menemukan satu nota yang dicarinya.

       "yey,,jumpa pun!" jerit Elie mengejutkan ibunya yang sedang mengemas buku di ruang bacaan tidak jauh dari biliknya.

"kamu ni kenapa terjerit-jerit macam orang kena histeria ni?" soal ibunya geram.

"sorry ibu, happy sangat" balas Elie sambil mencium pipi ibunya.

       "sudah tu, pergi mandi, busuk lah!" arah ibunya. Elie hanya menurut. selesai mandi, Elie kembali ke meja belajarnya untuk membelek nota tadi. eh, dari aku terus belek nota ni, baik aku pergi pulangkan buku si Aiman ni.

       Elie mengambil buku Aiman yang diletakkan di dalam bag sekolah lalu membukanya. membutang mata Elie melihat tulisan itu. kelam kabut elie mencapai nota tadi untuk melihat adakah tulisan itu sama dengan tulisan di nota yang diterimanya.

       "ibu, Elie keluar sekejap, nak ke rumah Aiman hantar buku dia!" laung Elie dari tingkat bawah. Elie juga membawa kotak yang menyimpan nota-nota yang lain. setiba di rumah Aiman, Nath yang menyambut kedatangannya.

"Aiman mana kak?" soal Elie.

       "amboi, tak menyempat. belom masuk rumah lagi dah tanya Aiman kat mana?" perli Nath. Elie hanya tersengih.

"ada kat taman belakang tu, pergilah"

"terima kasih kak!" ucap Elie.

"Aiman!" panggil elie membuatkan Aiman terkejut.

"kau ni kenapa? dah tak ada salam ke?" marah Aiman.

"Assalamualaikum!" balas Elie.

       "waalaikumussalam, ha kan bagus bagi salam. buatnya aku ada sakit jantung, sapa yang susah? kesian bakal awek aku nanti" ujar Aiman tanpa sedar Elie sudah mengetahui tentang rancangannya.

       "yelah, bakal awek Awak. saya nak awak terangkan tentang ni!" balas Elie geram sambil meletrakkan kotak dan buku Aiman diatas meja. Aiman memandang pelik kearah Elie. Aiman terkejut apabila melihat isi kotak tersebut. semua nota yang pernah diberikan pada Elie. kemudian matanya beralih kearah bukunya.

       "macam mana buku aku boleh ade kat kau?" soal Aiman terketar-ketar. sape tak takut babe, orang yang kita suka dah tahu yang kita suka kat dia.

       "Lily bagi kat saya tadi, sekarang ni terangkan kat saya kenapa awak tak cakap face to face saja dengan saya?" soal Elie.

       "aku minta maaf Elie, aku memang dah lama sukakan kau, tapi aku tak berani nak bagitahu kau. kau tahukan aku ni macam mana?  Aku ego, aku tak nak kau ketawakan aku bila aku luarkan perasaan aku. Aku taknak rendahkan ego aku!" terang Aiman. Elie terduduk di kerusi bertentangan dengan Aiman. tanpa mereka sedar, Nath dan Rauf memerhatikan mereka dari dapur.

       Rauf dan Nath menghampiri Aiman dan Elie setelah kedua-duanya membisu. Aiman mengambil kertas dan pen yang berada  diatas meja lalu menulis sesuatu diatasnya. Nath membuka mulut apabila melihat keduanya masih membisu.

"Akak dah cakap dari awal lagi Aiman, ketepikan ego aiman kalau taknak jadai macam ni" tegur Nath.

       "betul tu Man, aku pun dah banayk laki pesan kat kau, tapi kau taknak dengar" luah Rauf. Aiman menghulurkan kertas tdi ke arah Elie. Elie menyambut.

"Aiman!!!" jerit Elie. Nak tahu apa yang Aiman tulis?

       Nath merampas kertas yang berada dalam pegangan Elie lalu membacanya. seminit, dua minit terdengar tawa Nath. Rauf turut membaca apa yang ditulis oleh Aiman sebelom menyetai Nath ketawa. Elie tertunduk malu. riuh taman mini dengan gelak tawa dan usikkan dari mereka berempat.

       "so Elie, terima tak?" soal Rauf. Aiman sudah tersengih.akhirnya Elie mengiyakan setelah puas diusik oleh kakak Aiman dan rauf. 

Apasalahnya bangitahu saja? ni nak buat nota kecil? tapi comel....fikir Elie.

***********************************************************************************
jiehah nak minta maaf kalau ada yang silap...

*kalau sunsunan ayat tak betul
*ayat tunggang langgang
* salah ejaan

ape saja...boleh komen n tegur..
ni cerpen pertama jiehah..
so banyak lagi yang jiehah kena belajar...
harap anda semua boleh beri tunjuk ajar...
terima kasih...





degil ke aku?

eh..suke hati aku lah aku nak degil ke tak...
sekali pun kau kate nak belanja aku shopping..
aku tetap tak nak..
aku ade duit sendiri n aku tak penah harapkan duit ko...
so tolong ar faham..
aku tak penah diajar tuk meminta hak org...
aku tak kesah kalau kne keluarkan duit tuk org lain..
tapi bukan aku yg gne duit org lain..
tu yg di terapkan dalam diri aku...
aku harap sgt kau faham..
aku x kesah pun kau nak cakap aku ni degil ke ape ke..
asalkan aku tau jge diri n maruah aku cukup lah...
bukan niat aku untuk mempamerkan ego..
tpi aku mmg x biase gne duit org...
lgi2 lelaki yg aku x kenal latar belakangnya...
mungkin kau akan cakap..
aku boleh gne duit akmal..tpi kenapa aku tak boleh gne duit kau..
nak tau sebabnye?
sebab akmal sepupu aku..
n kalau ape2 jdi antara kami..mak ayah kami tahu n boleh selesaikan...
tpi kau org luar..
yg sememangnya aku tak tau asal usul kau...