Followers

Saturday 21 April 2012

kasih sayang

apa beza aku dengan cucu yang lain?
kenapa atuk perlu membandingkan aku dengan mereka?
adakah aku pernah membuat salah?
kenapa harus aku yang dibenci?
adakah kerana mama bukan menantu yang atuk boleh banggakan?
ape sebabnya atuk benci mama n aku?
salah ke aku punya sifat yang hampir sama dengan mama?
kenapa atuk boleh sayang adik-adik aku same seperti cucunya yang lain?
tapi tak aku?

waktu aku tak faham ape-ape tentang hidup,
hati aku meronta ingin tahu,
dulu aku ingat aku ni anak luah nikah,
sehinggakan atuk sendiri membenci diri ini,
aku tak pernah berani tanya mama tentang ini..
sebab aku tahu mama akan marah aku.
mama sering tegaskan aku,
kalau mereka tak sayang kita tak mengapa..
tapi ingat, allah sentiasa menyayangi hambanya.
hati seorang kanak yang sentiase inginkan sentuhan kasih sayang dari orang sekeliling terutamanya dari seorang yang bergelar atuk,
dari saat tu hingga ke hari ini,
aku sedar, aku tak mampu memiliki kasih sayang itu,
walau dengan apa cara sekali pun..

tapi sekarang aku faham kenapa...
kenapa semua persoalan itu ada..
salah ke minat, sikap, personaliti n peribadi aku ikut mama?

No comments:

Post a Comment